pg td ktorg br dpt berita yg ayh ustaz ubai dh meninggal smalam.
mmg x sgka sgt2 sbb arwah pergi scra mengejut, b4 dat shat jer, xde la skit tenat or trlantar ke.
tp mmg sbb da ajal arwah,da tba masa dier...
x sgka an? org yg td bru jer brgurau senda ngan kiter...bergelak ngan kiter,tba2 da xderr.
bila da izrail datng memanggil, mmg kite da xley tolak, nk nyesal da x gna, prepare je la ngan amalan kiter...
smer la ngan kes arwah izwan pilus ritu. syg sgt, arwah muda ag...tp da pergi...tape la, ALLAH lbey sygkn dia...
pepun...smuga ALLAH mencucuri rahmat ke atas arwah..AL-FATIHAH
skadar peringatan....kta yg hdup ny mesti sntiasa beringat2.....ajal bole mnjmput kite bila2 masa jer,,,,
Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan
hanya akan disedari oleh mereka- mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun
semua orang Islam akan mendapat tanda ini, hanya apakah mereka sedar atau tidak
saja. Tanda ini akan berlaku lazimnya setelah waktu ‘Asar. Seluruh tubuh mulai
dari ujung rambut sampai ke ujung kaki akan mengalami getaran, seakan-akan
menggigil. Contohnya seperti daging sapi yang baru disembelih, dimana jika
diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan- akan bergetar.
Tanda ini rasanya nikmat, dan bagi mereka yang sedar dan
berdetak di hatinya bahawa mungkin ini adalah tanda kematian maka getaran ini
akan berhenti dan hilang setelah sadar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka
yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa
memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu saja tanpa ada manfaat.
Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik
untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan
urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
Tanda 40 Hari Sebelum Hari Kematian
Tanda ini juga akan terjadi sesudah waktu ‘Asar. Bahagian pusat
kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan
gugur dari pohon yang letaknya di atas ‘Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut
akan mengambil daun tersebut dan mulai membuat persediaannya ke atas kita
antaranya adalah ia akan mulai mengikuti kita sepanjang waktu. Akan terjadi
malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas dan jika ini terjadi,
mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun
malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa
adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
7 hari sebelum
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah
sakit dimana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba dia berselera untuk
makan.
1hari
Akan berlaku sesudah waktu ‘Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di
sebelah belakang iaitu di bahagian ubun-ubun dimana ini menandakan kita tidak akan
sempat untuk menemui waktu ‘Asar keesokan harinya.
Tanda akhir
Akan berlaku keadaan dimana kita akan merasakan satu keadaan dingin di bahagian
pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian
halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali
kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
No comments:
Post a Comment